Soalan Lazim

Permohonan dibuka mulai 01 Jun hingga 30 Ogos setiap tahun.
Pemohon perlu berasal dari negeri Pulau Pinang. Sekiranya bukan anak negeri, pemohon mesti bersekolah sekurang-kurangnya selama 5 tahun di Pulau Pinang.
Tajaan hanya untuk universiti/kolej tempatan sahaja.

Dokumen yang diperlukan :-
a. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir.
b. Salinan Surat Tawaran Kemasukan dari Universiti/Kolej.
c. Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial) Sekolah Menengah.
d. Salinan SPM/SPMV dan STPM (sekiranya ada)
e. Salinan Sijil MQA bagi penuntut IPTS.

Seorang pelajar hanya layak menerima 1 tajaan sahaja pada masa yang sama.

Tempoh bayaran balik selama 5 tahun (60 bulan) dan faedah hanya 1% sahaja.

Bayaran balik perlu dibuat selepas 6 bulan dari tarikh tamat pengajian.

Kadar tajaan adalah berdasarkan tempoh pengajian. Berikut kadar yang ditawarkan :-

Peringkat Pengajian Kadar Setahun (RM)
Ijazah Sains 6,000.00
Ijazah Sastera 5,000.00
Diploma Lanjutan Sains 5,000.00
Diploma Lanjutan Sastera 4,000.00
Diploma 4,000.00
Sijil 2,000.00
Ijazah Sains (PJJ – 5 thn) 5,000.00
Ijazah Sastera (PJJ – 4 thn) 4,000.00
Diploma (PJJ – 3 thn) 3,000.00
Sarjana (3 thn) 6,500.00
PHD (3 thn) 8,000.00

Tidak boleh, sekiranya peminjam belum selesaikan bayaran pinjaman pertama.

Tempoh masa persekolahan yang dimasukkan tidak sama dengan tahun persekolahan.

Sistem permohonan hanya boleh dikemaskini dalam tempoh 3 hari sahaja. Sila hubungi pentadbiran ini untuk urusan selanjutnya.

Ketiga-tiga keping borang perjanjian perlu dimatikan setem di LHDN dengan kadar RM10.00 setiap keping.

Boleh. Bayaran balik boleh ditangguhkan dengan syarat peminjam masih meneruskan pengajian. Sila kemukakan surat permohonan Tangguh dan surat Tawaran Pengajian ke pentadbiran ini.