SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG

Pemohon dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.
Ditawarkan tempat di Universiti/Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja. Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia).
Pinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.
Pemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi / KPLI / Sijil Kemahiran / Kolej Vokasional tidak layak memohon.
Pinjaman Kali Ke-2 hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pertama.
Tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun (Contoh: Jun 2019 - Jun 2020).
Penerima pinjaman Penaja lain tidak layak memohon. (PTPTN/MARA/JPA/Mybrain dan sebagainya)
PERAKUAN
Saya faham dan setuju dengan syarat-syarat permohonan ini.