Info Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Peringatan !
Sebarang urusan hendaklah melalui Unit Pinjaman Penuntut, Tingkat 29, KOMTAR.

Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwujudkan pada tahun 1970 bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang.
Pemohon dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.
Ditawarkan tempat di Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja. Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia).
Pinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.
Pemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi / KPLI / Sijil Kemahiran / Kolej Vokasional tidak layak memohon.
Pinjaman Kali Ke-2 hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pertama.
Tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun (Cth: Jun 2019 - Jun 2020).
Penerima pinjaman Penaja lain tidak layak memohon. (PTPTN/MARA/JPA/Mybrain dan sebagainya)
Permohonan adalah secara online.
Sila lampirkan dokumen-dokumen berikut :
   
  1. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir
  2. Salinan Surat Tawaran Kemasukan Dari Universiti/Institusi (IPTA/IPTS)
  3. Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial)Sekolah Menengah. Sekiranya bukan anak negeri, sila sertakan bersama Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah Rendah dan Menengah
  4. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan lain-lain sijil yang setaraf
  5. Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf (Jika Ada)
  6. Salinan Sijl Politeknik/Diploma/Ijazah dan sebagainya (Jika Ada)
  7. Salinan Keputusan Matrikulasi/Asasi Sains (Jika Ada)
  8. Salinan Keputusan Peperiksaan bagi Tiap-tiap Tahun Akademik Penggal/Semester (Jika Ada)
  9. Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan salinan surat kelulusan kolej dan kursus yang dikeluarkan MQA (Malaysia Qualification Agency/Agensi Kelayakan Malaysia). Salinan tersebut boleh diperolehi dari IPTS berkenaan. Sila Klik Untuk Contoh MQA
Permohonan boleh dibuat secara Online di Laman Web berikut : https://epp.penang.gov.my
Paparan terbaik sistem adalah melalui penggunaan Google Chrome ke atas dengan paparan resolusi skrin 1024 x 768. Pengguna tidak digalakkan membuat permohonan secara online melalui paparan di telefon bimbit
Tarikh Buka Permohonan: 1 Jun, setiap tahun.
Tarikh Tutup Permohonan: 30 Ogos, setiap tahun. Sekiranya tarikh tersebut jatuh pada Hari Kelepasan Am / Cuti Umum maka tarikh tutup Permohonan ditetapkan pada hari terakhir bekerja sebelum tarikh tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pentadbiran ini di talian 046505391 / 5165 / 5627.
Sila pastikan anda mengisi permohonan pinjaman dalam tempoh 3 hari selepas pendaftaran. Kemaskini borang adalah 3 HARI dari tarikh pendaftaran dibuat. Sila CETAK borang permohonan yang telah diisi beserta dokumen-dokumen berkenaan dan dihantar dalam tempoh  2 MINGGU dari tarikh permohonan dihantar secara online ke alamat berikut:
  LEMBAGA TABUNG AMANAH PINJAMAN PENUNTUT 
NEGERI PULAU PINANG, 
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI,
PARAS 29, KOMTAR,
10503 PULAU PINANG
Jumlah pinjaman yang ditawarkan mengikut taraf kursus:
  Ijazah Sains RM 6,000 setahun
  Ijazah Sastera RM 5,000 setahun
  Diploma Lanjutan Sains RM 5,000 setahun
  Diploma Lanjutan Sastera RM 4,000 setahun
  Diploma RM 4,000 setahun
  Sijil RM 2,000 setahun
Pinjaman juga diberikan kepada Pelajar Pengajian Jarak Jauh dan Luar Kampus dengan kadar:
    Kadar (Setahun) Jangkamasa (Maksimum)
  Ijazah (Sains) RM 5,000 5 tahun
  Ijazah (Sastera) RM 4,000 4 tahun
  Diploma RM 3,000 3 tahun
Pinjaman kepada pengajian peringkat Sarjana dan PhD (pengajian dalam negeri sahaja):
    Kadar (Setahun) Jangkamasa (Maksimum)
  Sarjana RM 6,500 3 tahun
  PHD RM 8,000 3 tahun
Tempoh pembayaran balik pinjaman adalah 5 tahun dan faedah yang dikenakan 1% daripada keseluruhan pinjaman.

ARAHAN DAN PANDUAN MENGISI DOKUMEN PERJANJIAN

Muat Turun Arahan dan Panduan


SYARAT-SYARAT PENJAMIN PERMOHONAN PINJAMAN

  1. Penjamin mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Penjamin mestilah berumur antara 21 hingga 55 tahun sahaja.
  3. Seorang Penjamin yang berpendapatan RM1,000 dan ke atas.
  4. Peminjam yang belum menyelesaikan keseluruhan Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang tidak layak menjadi Penjamin.
  5. Tidak diisytiharkan muflis oleh mahkamah.

Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang


Pembayaran Secara Dalam Talian Melalui eBayar di https://ebayar.penang.gov.my

Kaunter Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang,
Tingkat 3, KOMTAR (secara Tunai, Cek, Bank Draf, Kad Kredit)


Potongan Gaji (sila mohon dari Pihak Pentadbiran)






Cek, Bank Draf, Kiriman Wang, kaunter Pejabat Pos Berkomputer (secara tunai) dan di www.posonline.com.my


Standing Instruction (secara Bank Draf sahaja)

Pengeluaran KWSP adalah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP

Soalan Lazim

Lihat Lagi

Maklum Balas


captcha